Tuesday, May 24, 2016

WARNA UNGU PEKAT SEGAH KHASIATNYA

 
Warna ungu pekat segah khasiatnya itulah Carrot Purple atau lobak ungu, mungkin ramai di antara kita tidak begitu mengenali lobak ungu ini tetapi jika dibandingkan dengan lobak  biasa yang kita beli di pasar atau pasar raya..Kenapa pulaklah saya nak cerita mengenai purple carrot ne. Ok bukan sesahaja tau nak bercerita tentang Purple Carrot ne, sebenarnya saya nak share dengan anda semua tentang kebaikan dan khasiat yang terkandung didalamnya dan juga salah satu ramuan semulajadi yang ada di dalam Vivix. 

Kenali Carrot Purple.
Mengikut dari sumber, lobak ungu / Carrot purple berasal dari Afghanistan beribu tahun dahulu. Dipercayai sebelum kurun ke 17 semua carrot berwarna ungu dan dan telah ditanam sejak tahun 2,000 sebelum masihi lagi. Selepas itu kemunculan orang belanda pada kurun 16 barulah carrot berbagai warna seperti lobak putih , kuning dan oren.

Kebiasaan sayuran dan buahan yang berwarna ungu mengandungi kandungan seperti  resveraterol, asid alergik, antisionidin dan prosianidin. Ia boleh membantu melindungi tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah, kulit serta melancarkan penghadaman.Carrot purple ini juga tinggi antioksidan, merupakan agen anti-inflammation (bagus untuk pesakit arthritis) dan pelbagai nutrien di dalamnya.
 
Kebaikan, Khasiat & Manfaat
Carrot purple

Mempunyai warna yang terang serta rasanya lebih manis berbanding lobak biasa yang berwarnna oren. Lobak ungu ni bukan sahaja cantik dipandang tapi sangat kaya dengan khasiat antioksidan dan pelbagai jenis nutrien di dalam. Di antara adalah :


Anti Oksidan

  • Mengandungi lebih antioksida berbanding lobak biasa.Anti oksida ini berfungsi untuk melindungi sel badan kita dari rosak dan seterusnya membawa kepada pelbagai jenis penyakit.


Anti Radang (Anti-Inflammatory)

  • Mempunyai sifat anti radang yang tinggi.Sangat bagus untuk membantu melegakan arthritis atau sakit sendi.


Anti Carcinogen

  • Membantu mengurangkan risiko kanser.. Ia bagus diamalkan oleh pesakit kanser kerana ia boleh membantu tubuh untuk melawan kanser..


Antiviral, Antiseptic & Antimicrobial

  • Sangat bagus melawan virus dan bakteria yang mudah berjangkit dan merebak seperti flu, campak dan jangkitan dalaman seperti jangkitan di salur kencing, mulut dan perut.


Vitamin A

  • Kandungan Vitamin A yang tinggi dalam lobak ungu adalah sangat bagus untuk mengelak arteri tersumbat dan penyakit strok. Juga kaya dengan Vitamin B, C dan vitamin E , yang bagus untuk mengurangkan kolesterol.

Tinggi Kandungan Serat

  • Membantu proses penghadaman serta penyerapan nutrien dengan lebih pantas. Lobak ungu memberikan 8 gram serat untuk setiap auns hidangan lobak ungu mentah. Serat yang terkandung di dalam lobak ungu ni adalah mudah larut, menyerap air dalam saluran penghadaman dan membentuk kandungan seperti gel. Apabila kandungan ini melalui saluran pembuangan, ia dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan sekaligus turut menstabilkan paras gula dalam darah.

Beta karotin

  • Amat baik untuk mata dalam membantu untuk penglihatan yang lebih baik dan bagi mencerahkan kulit.

Fitokimia
  • Bahan kimia yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai faedah positif termasuk ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang.

Banyakan khasiat si Carrot purple inikan..Tidak heranlah Carrot purple menjadi ramuan terbaik Vivix. Selain itu bahan semulajadi Vivix adalah seperti


Anda berminat dan  ingin mendapatkan VIVIX dari Shaklee yang terjamin halal , berkesan , semulajadi dan selamat boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp
Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:
Ila Idris (Mama Iskh)
sms/whatsApp: 012-3779685
Emel : ila_cute28@yahoo.com
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...