Saturday, May 21, 2016

BERINGAT SEBELUM POTONG KAKI ( KENCING MANIS )



Bercakap mengenai kencing manis atau diabetes memang semua kenal dan tahu tentangnya. Tetapi biasalah yang kita tahu itulah yang kita buat Don't know.Betul tak??  Anda tahu tak bahayanya penyakit kencing manis ini. Ok kencing manis ini merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan gula/glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan. Pengambilan gula dan makanan yang berkarbohirat tinggi mengakibatkan kita mungkin salah satu penghidap kencing manis.


Di negara maju seperti Amerika kajian menujukan lebih dari sekitar 16 juta penderita diabetes, hampir 7 juta diantaranya baru mengetahui diri mereka mengidap diabetes setelah mengalami komplikasi  organ tubuh. Di negara-negara Asia pula , lebih dari 50% bahkan mungkin  ada yang mencapai 85% bakal menghidapi kencing manis ini. Kebanyakan faktor tubuh badan terlalu gemuk juga merupakan salah satu risiko utama seseorang itu mungkin menghidapi kencing manis.


Biasanya penghidap kencing manis akan menghadapi masalah gangguan keseimbangan gula dalam sel badan dan gula tidak dapat dirembes keluar didalam hati.  Akibatnya, kadar gula dalam darah tinggi dan akan merebak ke organ dalam tubuh .


Jika pengawalan atau pencegahan tidak dibuat  terhadap penyakit kencing manis akan merebak merosakkan sistem  anggota dalaman/ tisu tisu penting tubuh badan. Jika kerosakan melibatkan tulang atau tisu tisu tubuh badan yang kronik teruk rosak boleh menyebabkan pemotongan anggota tubuh badan biasanya penghidap kencing manis yang kronik akan menyerang bahagian kaki terlebih dahulu dan keadaan yang lagi teruk pemotongan kaki akan dibuat bagi tidak merebak ke anggota lain.


Secara umumnya, penyakit kencing manis  dikategorikan kepada 2  golongan iaitu :


Diabetes jenis tahap 1

  • Dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.


Diabetes jenis tahap 2  

  • Disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis tahap 2, kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
Ingin tahu : Komplikasi diabete



Jadi mari kita amalan cara hidup yang sihat , mengurangkan memakan makanan manis, mengambil serta mengamalkan supplemen yang tanpa gula atau bahan terlarang seperti Vivix dan selalu mengambil makanan yang berserat tinggi agar kita dapat terhindar dari penyakit kencing manis.


 " Hanya sesudu teh dalam sehari anda sendiri akan rasai perbezaannya...Jika di bandingkan dengan rawatan atau special treatment di luar sana yang berharga beribu2 . Insyaallah..kita berusahaAllah swt yang menentukan."

 Kembali sihat seperti dulu suci, selamat, semulajadi, saintifik, & sinergistik.
Pertanyaan, konsultasi dan order boleh hubungi saya di:
Ila Idris (Mama Iskh)
sms/whatsApp: 012-3779685
Emel : ila_cute28@yahoo.com


Testimoni : 




 

5 comments:

  1. Bahaya kencing mais ni. Atasinya segera sebelum semua nya begitu terlambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu puan cegah sebelum terkena..

      Delete
  2. Rakyat malaysia memang ramai yang kena kencing manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu puan nak nak lagi malaysia ne kaya dengan kuih muih manis , lepas tu teh tarik 24 jam. Memang peratus tinggi utk menghidapi kencing manis..

      Delete
  3. dulu.. kencing manis ni penyakit orang tua.. sekarang budak belasan tahun pun dah kena kencing manis.. risau btol dengan cara pemakanan dan penjagaan kesihatan orang sekarang ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih daun keladi
Kalau sudi comment lah lagi
♥mama iskhandar♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...