Friday, November 21, 2014

TIP SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

Tips Sebelum Memulakan Perjalanan 



Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)


Haaaa Mama Iskh bukan nak nyanyi ek tapi nak bagi tip sebelum memulakan perjalanan balik kekampung atau kemana-manalah destinasi yang anda nak pergi . Al maklumlah cuti sekolah ramai nak balik kampung atau bercuti. Cuti-cuti Malaysia...hehe

Tips Sebelum Memulakan Perjalanan
  • Rancang perjalanan anda serta kenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak daripada memandu dalam keadaan yang teragak-agak.Tentukan terlebih dahulu kawasan rehat untuk berhenti berehat serta persimpangan yang perlu diikuti. Gunakan peta untuk rancang perjalanan anda. 
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan cuba elakkan memandu pada lewat malam atau awal pagi kerana ini merupakan masa tubuh anda mendapat rehat (tidur).Perjalanan jauh sejurus selepas bekerja atau makan menyebabkan anda berasa letih dan mengantuk.
  • Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang mengandungi paras lemak dan gula yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan anda cepat mengantuk dan letih.
  • Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu.Perasaan negatif ini boleh menjejaskan tumpuan ketika memandu.Ia juga boleh mendorong anda melanggar peraturan jalanraya seperti memandu terlalu laju, memandu dengan cara berbahaya dan lain-lain.
  • Periksa kenderaan terutamanya sebelum memulakan perjalanan yang jauh.
  • Periksa bahagian-bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator.
  • Periksa bahagian-bahagian lampu seperti lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu isyarat kecemasan.
  • Periksa bahagian-bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian.
  • Periksa bahagian-bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek.
  • Periksa getah pengelap cermin berada dalam keadaan baik dan dipasang dengan betul.
  • Pastikan kedudukan tempat duduk pemandu sesuai untuk penglihatan yang maksimum.
  • Simpan air dan minyak hitam tambahan di dalam kenderaan anda.

Ok jika anda dah buat seperti yang  saya coret maka boleh vroom vroom ke destinasi anda , jangan lupa baca doa naik kenderaan tau..Bye jumpa lagi...

Anda berminat dan  ingin mendapatkan Produk/Supplemen dari Shaklee yang terjamin halal , berkesan , semulajadi dan selamat boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp / facebook


Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  
 PM: www.facebook.com/messages/mamaiskhvitamin
 Blog: http://www.mamaiskhvitamin.blogspot.com/
 Email: ila_cute28@yahoo.com

Consultation Free
Info-info Produk Shaklee
Cara pengambilan vitamin

 Anda mungkin meminati : Benefit menjadi ahli shaklee

♥♥♥♥♥INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK♥♥♥♥♥ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...