Sunday, November 23, 2014

SATURDAY CHILL OUT ..KARNIVAL UPIN IPIN

Saturday Chill out ..Karnival Upin Ipin.


Asalammuaalaikum hai semua.. hari ini  saya memang excited sangat sebab nak bawa  my baby boo ke Karnival Upin Ipin di  PICC, Putrajaya untuk Saturday Chill out , meluangkan masa bersama anaku yang tercinta Iskhandar... Karnival bermula  dari 21 - 23 November 2014 di Dewan Perdana & Dewan Putra B dari jam  9  pagi sehingga 10 malam.Saya bertolak selepas  solat  zuhur menuju ke PICC , Putrajaya .  Jem gila menyesal pulak tak keluar awal-awal , suami saya dah cakap suruh keluar awal  tapi ketegak juga itu la padahnya... Bayangkan keluar selepas zuhur sampai pukul 4.05 huh.. Tapi takpelah demi anak  tercinta yang meminati Upin Ipin bawa ajelah, bukan selalu kan..



Sesampainya saya di  Dewan Perdana PICC , nak tahu apa terjadi  tadi kat jalan jem dengan kereta dekat dewan pula jem dengan orang.  Meriah sungguh kat  Karnival  Upin Ipin ne, memang terbaiklah  berlanggar-langar. Yang paling gelihati masa nak tengok  Ultraman & Upin Ipin show suami saya terpaksa dukung naik atas bahu,  angkat Iskhandar semata-mata nak bagi tengok show sebab terlampau ramai orang.. Tula kan x nak datang awal..Amek ko..hehe..







Watak – watak animasi yang ada waktu karnival Upin Ipin  berjalan adalah  penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin  Ipin ,Ultraman dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri.Yang seronoknya lagi ada ramai anak kembar. Teruja saya tengok mereka comel-comel mereka macam watak Upin Ipin .huhuhu




Ok aktiviti  yang dijalankan di Karnival Upin Ipin  adalah seperti :
Dewan Perdana :

Ultraman Show
Upin & Ipin Show
Aktiviti Mewarna
Aktiviti "Face Painting"
Pet Zoo
Aktiviti Jualan


Dewan Putra B :
Magical Performance Of Upin & Ipin
Jejak Kegembiraan
Angkasa Ria

 
Nak masuk ke Dewan Perdana free aje tapi jika nak masuk Dewan Putra B ada bayaran  yang dikenakan untuk masuk :

Show Magical Performance Of Upin & Ipin
=============================
Dewasa : RM15
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM5
Bawah 5 tahun : Percuma



Show Jejak Kegembiraan
================
Dewasa : RM15
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM5
Bawah 5 tahun : Percuma



Show Angkasa Ria
==========
Dewasa : RM3
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM3
Bawah 5 tahun : Percuma





Saya sempat bawa Iskhandar masuk  show Jejak kegembiraan dan show Angkasaria sahaja. Show Magical performance Of Upin & Ipin tak sempat masuk sebabnya suami saya ada hal dan perlu balik awal.Haiiiya. Dalam dewan show Jejak kegembiraan ada Teratak Opah tempat kediaman Upin ipin. Dalam teratak Opah ne  ditunjukkan bilik kak ros, bilik opah dan bilik Upin Ipin. Memang cantik  boleh masuk dan snap photo.  Kalau masuk Teratak Opah, rasa macam  Upin Ipin  wujud  sebagai manusia  dan bukan sebagai kartun sebab suasana teratak macam hidup, memang terbaiklah. Iskhandar pun suka turun naik tangga macam tak pernah jumpa tangga. Hehe. Selain Teratak Opah ada juga tempat rakam suara bagi anak-anak kecil nak cuba bakat  rakam  suara ala ala suara itu digunakan untuk suara Upin Ipin dan lukisan gerakan character kartun  Les’ Copaque Production.

Dekat Show Angkasaria pula pameran tentang angkasawan negara Sheikh Muszaphar Shukor. Ada video  tentang Sheikh Muszaphar Shukor  di angkasa lepas , barang –barang angkasawan dan gambar-gambar planet dan angkasa. Memang menarik tak rugi kita  bawa anak kita ke Karnival Upin Ipin.  Macam- macam ada ,berhibur sambil belajar itu yang penting.. Okla itu sahaja yang dapat saya coretkan tentang Karnival Upin Ipin. Kalau anda rajin pergilah esok hari terakhir Karnival Upin Ipin. Jangan keluar lambat tau nanti jem tak dapek nak nolong... Byeeee..

Gambar yang sempat saya snap masa di Karnival Upin Ipin 2014.














   


















Anda berminat dan  ingin mendapatkan Produk/Supplemen dari Shaklee yang terjamin halal , berkesan , semulajadi dan selamat boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp / facebook


Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  
 PM: www.facebook.com/messages/mamaiskhvitamin
 Blog: http://www.mamaiskhvitamin.blogspot.com/
 Email: ila_cute28@yahoo.com

Consultation Free
Info-info Produk Shaklee
Cara pengambilan vitamin

 Anda mungkin meminati : Benefit menjadi ahli shaklee

♥♥♥♥♥INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK♥♥♥♥♥

3 comments:

  1. Bestnye..Semalam lalu kt picc dlm pukul 8 mlm..Ingt nk singgah tp anak2 plk dah tidur penat tggu ayahnya kt opis..Tgk kereta parking bersepah tengah jalan...

    bondaseri.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga bawa anak , mama dia yang terover..hehe aa hari tu jem gile..

      Delete

Terima Kasih daun keladi
Kalau sudi comment lah lagi
♥mama iskhandar♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...