Monday, November 3, 2014

CARA MENDIDIK ANAK DENGAN TERTIB DAN KATAKAN TIDAK PADA KEKERASAN.

Cara mendidik anak dengan tertib dan katakan tidak pada kekerasan.


Anak ooo anak ku  itulah permata yang kita  tidak dapat beli dimana-mana. Anak adalah anugerah yang terindah bagi saya. Kehadiran mereka umpama cahaya menerangi hidup kita. Mendidik anak adalah  tanggungjawab yang besar diberi kepada kita oleh Allah SWT.  Selain didikan kebajikan , keperluan dan perasaan mereka perlu diambil berat juga.  Sebagai orang tua mendidik anak bukanlah hal yang mudah, apalagi dalam mendidik anak untuk mendisiplinkan mereka. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya kalau dah jadi buluh tak depek den nak nolong…

Kebanyakan kita mendidik anda dengan cara kekerasan, katanya kalau kita tidak berkeras mereka akan memijak-mijak kepala. Itu sebenarnya salah dan tidak relevan memandangkan jika kekerasan yang kita gunakan untuk  mendisplinkan anak-anak  akan menanam perasan benci dan marah terhadap kita.

Bagaimana caranya  mendidik  anak tanpa kekerasan:

Slow talk tapi dalam ketegasan.
Selalunya kita selalu menegur anak kita dengan cara yang kasar seperti mengherdik atau memukul apabila anak kita melakukan kesalahan atau  membuat masalah . Dalam situasi begini tidak memberi kesan apa-apa. dengan mengherdik, memukul mereka. Itu lagi menjadi mereka takut dan bukan respect  kita sebagai orang tua mereka. Cara yang lebih afdal dan sesuai bagi saya  adalah dengan slow talk,  sambil merenung matanya,  nasihat  dengan soft spoken  dan ketegasan.

Berbincang face to face.
Berbincang dari hati ke hati  dengan anak kita  dan cari  tahu apa masalah yang dihadapinya sehingga mereka menimbulkan masalah/melakukan kesilapan. Selami hati mereka agar mereka rasa diri mereka penting dalam hidup anda dan mereka tidak rasa terbiar.

Beri denda yang sesuai.
Membentuk displin diri dengan memberi denda kepada mereka atas kesalahan mereka lakukan seperti membasuh tandas, mengelap lantai ,mengutip sampah.  ,mencuci tingkap dan sebagainya.Perkara begini boleh mendisplinkan mereka agar lebih bertanggungjawab dan mereka tidak melakukan kesalahan secara berulang.


Ajar  ucap  perkataan Maaf.
Perkara paling asas yang perlu dilatih kepada anak-anak ialah meminta maaf jika telah melakukan kesalahan, biarpun ia kesalahan kecil. Lazimnya anak-anak sukar meminta maaf. Sebagai contoh, mereka merampas permainan milik kanak-kanak lain, yang disangkakan miliknya. Peranan ibu bapa adalah memberitahunya bahawa permainan itu kepunyaan kanak-kanak lain dan ajarkan kepada mereka supaya memulangkan semula permainan tersebut. Apa yang lebih penting didik mereka untuk meminta maaf. Dengan cara ini mereka memahami bahawa kepunyaan orang lain tidak boleh diambil tanpa meminta kebenaran. Selain itu, ucapan terima kasih perlu dipraktikkan apabila menerima sesuatu..


Renungkanlah :

Jika anak di besarkan dengan celaan, ia akan belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, ia akan belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, ia akan belajar rendah diri.
Berikan dorongan, ia akan belajar percaya diri.
Berikan pujian ia akan belajar menghargai.
Berikan rasa aman ia akan belajar menaruh kepercayaan.
Berikan kasih sayang dan persahabatan, ia akan belajar menemukan cinta dalam kehidupan.

Anda berminat dan  ingin mendapatkan Produk/Supplemen dari Shaklee yang terjamin halal , berkesan , semulajadi dan selamat boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp / facebook


Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  
 Email: ila_cute28@yahoo.com

Consultation Free
Info-info Produk Shaklee
Cara pengambilan vitamin

♥♥♥♥♥"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK♥♥♥♥♥ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...