Wednesday, November 12, 2014

BULI

Buli


Salam hai u olss Lately ini kes buli menjadi jadi. Nak nak kes buli yang terbaru budak berpakaian singlet hitam dan kawan-kawannya. Memang macam samseng budak singlet hitam tu habis di tarah semua. Saya berasa bimbang dan sedih mengenangkan nasib anak-anak  dan masyarakat .

Saya  juga heran mengapa buli ini dijadikan barang main bagi budak-budak  yang duduk diasrama atau di sekolah biasa..   Saya heran kenapa dan mengapa buli di jadikan sebagai habit pada budak-budak zaman sekarang dan apa punca buli ini terjadi??.  Bagaimana hendak mengatasinya??.


Apa buli itu??

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain. 


Punca buli terjadi kerana?

·         Faktor rakan sebaya ingin menunujuk kuasa pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
·         Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
·         Mereka pernah menjadi mangsa buli.
·         Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
·         Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
·         Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
·         Akibat perceraian ibu bapa.
·         Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
·         Sekadar mahu berseronok.
·         Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.



Masalah buli boleh diatasi dengan : 

Pendidikan Agama
Langkah paling penting dalam membendung masalah buli ini adalah dengan  pendidikan agama. Agama Islam yang telah sempurna menyediakan peraturan dan panduan yang lengkap untuk manusia menjalani hidup dengan penuh bernilai.

Peranan Media
Media massa sama ada elektronik dan cetak seharusnya memainkan peranan yang sepatutnya kerana media merupakan alat yang cukup berkesan dalam mempengaruhi tindakan manusia. Sepatutnya pihak media tidak menayangkan program yang berunsurkan jenayah dalam masyarakat.

Penguatkuasaan Peraturan
Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774. 

Poster
Poster-poster berkenaan kes buli perlu disebarkan secara meluas agar kefahaman masyarakat tentang masalah ini meningkat. 

Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO)
Pihak kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) perlu memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi penjelasan secara mendalam tentang isu ini ke dalam masyarakat.


So janganlah budaya buli diamalkan.Ubah presepsi diri kita yang ingin menunjukkan kuasa pada yang lemah. Kata tidak pada Buli.




Anda berminat dan  ingin mendapatkan Produk/Supplemen dari Shaklee yang terjamin halal , berkesan , semulajadi dan selamat boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp / facebook


Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  
 PM: www.facebook.com/messages/mamaiskhvitamin
 Blog: http://www.mamaiskhvitamin.blogspot.com/
 Email: ila_cute28@yahoo.com

Consultation Free
Info-info Produk Shaklee
Cara pengambilan vitamin

♥♥♥♥♥"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK♥♥♥♥♥ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...