Monday, November 10, 2014

B COMPLEX MAMPU STOP STRESS

B COMPLEX mampu stop stress.

































Tahukah anda?? dengan  pengambilan supplemen boleh kurangkan stress sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur. B complex Shaklee supplemen yang  dikenali sebagai "vitamin anti stress mampu membantu kita mengatasi masalah  stress.Terkandung 8 vitamin  yang masing-masing mempunyai fungsi bagi  membantu kita Stop stress.


Apa itu stress???

Stress dalam erti kata yang lain  tekanan perasaan, didefinasikan sebagai " suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan  atau masalah yang menimpanya"..Ganggguan emosi ,proses pemikiran dan keadaan fizikal yang menyebabkan seseorang berasa takut, gelisah atau terancam apabila menerima sesuatu yang diluar kemampuan kita. Apabila stress badan kita akan meghasilkan hormone adrenalin dan cortison yang menyebabkan jantung berdegup lebih kencang , pernafasan bertambah laju dan peningkatan tekanan darah.

Faktor terjadinya stress:

Faktor dalaman
Kurang keyakinan diri
Putus asa
Terlalu ingin menjaga hati seseorang
Perpisahan
Kurang pengetahuan agama

Faktor luaran :

Di tempat kerja /majikan
Pasangan hidup
Keluarga
Rakan
Perbezaan budaya
Kewangan
Suasana persekitaran.


B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin, termasuklah 100% biotin dan asid folik. kesemua 8 vitamin ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

Saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.


Manfaat serta kebaikan  vitamin  yang terkandung didalam  B Complex  yang mampu menolak stress:

Vitamin B1
M
engurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

Vitamin B2
Mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

Vitamin B3
Mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

Vitamin B5
Asid Pantothenic memainkan peranan yang penting dalam melegakan tekanan/ stress. Sering dirujuk sebagai "vitamin anti-tekanan,".
Penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, menurut University of Maryland Medical Center. Vitamin B kompleks boleh membantu memulihkan kelenjar adrenal daripada stress.

Vitamin B6
Penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress

Vitamin B12
Meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

Biotin
Membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

Asid Folik
Bagi kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya

Maka dengan itu B Complex memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga. Bahan-bahan choline dan inositol menawarkan kesan menenangkan yang boleh membantu dalam menangani tekanan.  Bersifat larut air,oleh sebab itu,sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan( sebab itu air kencing akan berwarna kekuningan jika mengambil vit.B) ,jika tidak berwarna kekuningan ,itu bermakna anda kekurangan vitamin B..
Anda berminat dan  ingin mendapatkan B Complex dari Shaklee yang terjamin halal , berkesan , semulajadi dan selamat boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp / facebook
B COMPLEX



Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  
 Email: ila_cute28@yahoo.com

Consultation Free
Info-info Produk Shaklee
Cara pengambilan vitamin

♥♥♥♥♥"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK♥♥♥♥♥ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...