Sunday, November 16, 2014

ASAH BAGI MENINGKATKAN IQ (INTELLIGENCE QUOTIENT)

Asah bagi meningkatkan IQ (Intelligence Quotient)














Untuk pengetahuan anda semua  bukan semua manusia mempunyai IQ yang cerdik dan pintar secara semulajadi.Masing-masing  memiliki kemampuan IQ yang berbeza-beza. Tetapi IQ mampu di asahkan dengan banyak cara:




1.Bermain latihan teka-teki.




Kita boleh melatih kreativiti dan daya pemikiran minda kita dengan bermain permainan bercirikan teka-teki seperti soduku,silang-kata dan game game yang bersifat puzzle. Apabila kita berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam permainan tersebut, sel sel otak akan berhubung dan berinteraksi sesama sendiri dan akan meningkatkan daya pemikiran anda dengan lebih baik.

2. Belajar Bakat baru.





Setiap orang mempunyai bakat mereka yang tersendiri, kebanyakkan bakat tersebut kekal terpendam dan tersembunyi kerana tidak diasah.
Adalah lebih baik jika anda cuba mahirkan diri dengan bakat yang baru(jika anda tiada bakat). Kebanyakan artist music dan pemain peralatan musikal mempunyai IQ yang tinggi.Dengan berlatih dan mengasah bakat baru anda dapat juga mengasah bahagian kreativiti minda anda untuk berfikir dengan lebih baik. ini juga dapat meningkatkan IQ anda.

3. Berjoging membuatkan anda pintar.





Badan adalah satu sistem yang bergantung kepada perhubungan antara kesemua organnya dan sentiasa bergantung antara satu sama lain. Jika anda tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal, otak anda tidak akan mendapat pengaliram darah dan oksigen yang sempurna. Pengaliran darah dan oksigen yang sempurna penting untuk otak untuk terus cerdas dan berfikir secara kritis.Jantung yang sihat juga bermaksud otak yang sihat. Endorfin yang terhasil dalam badan kita daripada senaman adalah baik untuk otak kita.


4. Jangan berhenti belajar.



Pendidikan adalah perkara pertama yang orang fikirkan apabila dikaitkan dengan IQ (
Intelligence Quotient). Jelas sekali, lebih banyak anda tahu, anda menjadi lebih bijak. Mempelajari sesuatu yang baru adalah untuk menjadi lebih bijak, tetapi perkara yang paling penting ialah apa yang anda lakukan dengan pendidikan itu dan mengubah sesuatu dalam kehidupan anda dengan ilmu tersebut.

5. Luaskan Pandangan dan Lebihkan Pengalaman




Anda tidak akan mendapat maklumat yang baru jika anda hanya melekat dengan apa yang anda tahu.Anda akan belajar lebih banyak jika pergi bercuti ke kampung atau membuat perjalanan backpacking daripada hanya tinggal di rumah. Pengalaman hidup adalah lebih baik daripada pengalaman dalam buku.Mengambil percutian untuk menenangkan pemikiran anda boleh memberi manfaat kecerdasan kepada anda. Anda boleh mempelajari sesuatu dari setiap pengalaman, baik atau buruk anda nilai sendiri dan jadikan pedoman.




Antara 10 genius yang dapat dibanggakan di negara ini ialah
  • Zulkifli Haron (pereka cipta kreatif);
  • Md Nayan Salleh (ciptaannya memenangi anugerah dunia);
  • Sufiah Yusof (ditawarkan tempat di Universiti Oxford ketika usia 11 tahun);
  • Mokhtar Mansor (pencipta kaedah pengiraan Mohdar);
  • Allahyarham Tan Sri P Ramlee (Seniman serba boleh);
  • Prof DiRaja Ungku Aziz (tokoh akademik yang mencetuskan idea penubuhan Tabung Haji);
  • Datuk Lat (Kartunis);
  • Yap Sui Lin (16A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2002);
  • Abdul Rahim Kajai (bapa kewartawanan Melayu);
  • Prof Datuk Dr Mazlan Othman (wanita tunggal negara memiliki PhD dalam bidang astrofizik).



Anda berminat dan  ingin mendapatkan Produk/Supplemen dari Shaklee yang terjamin halal , berkesan , semulajadi dan selamat boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp / facebook

Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  
 Email: ila_cute28@yahoo.com

Consultation Free
Info-info Produk Shaklee
Cara pengambilan vitamin

♥♥♥♥♥"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK♥♥♥♥♥ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...