Monday, October 13, 2014

Umat Islam Harus Kaya

Assalammualaikum semua hari ini saya ingin kongsikan syarahan Ustaz Bagus Hernowo , ustaz yang berasal dari Indonesia. Syarahan yang diberi amat menarik sehingga membuat saya ingin berkongsi kepada anda semua.




Syarahannya begini :

Assalammualaikum, di satu saat masa saya bertemu dengan sahabat baik saya sambil bertanya khabar. Niat berjumpa sahabatku  kerana ingin mengajaknya menjalankan perniagaan bersama-sama. Jom sahabatku kita menjalankan perniagaan bersama-sama. Lalu sahabatku membalas ajakan ku dengan berkata mohon maaf sahabatku , saya tidak mahu. Saya terkejut dengan jawapan yang diberi lalu saya bertanya kenapa sahabatku ??Jawabnya kemudian saya takut menjadi kaya. Saya terkejut  sekali lagi ternyata ada orang yang takut menjadi kaya, sedangkan itula yang diidamkan oleh setiap manusia dan memang jika berniaga risikonya akan menjadi kaya. Saya bertanya lagi ,  wahai sahabatku kenapa kamu takut kaya. Lalu jawabnya saya takut hudud dunia, saya takut cinta kepada dunia sahabatku. Dalam hati saya berkata luar biasa sungguh sahabatku. Dia memang seorang yang soleh dan baik kerana saya mengenalinya.

Dalam hati saya berdoa  Ya Allah orang yang soleh yang sebegini yang harus kaya dan kerana kalau orang yang soleh yang kaya Insyaallah mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tetapi sayang orang yang soleh tidak mahu kekayaan  dan orang kaya pula tidak mahu menjadi seorang yang soleh.

Saya berkata lagi kepada sahabat saya  , adakah orang kaya sahaja yang ada masalah hudud dunia. Tidak sebenarnya orang miskin pun ada ramai yang menderita kerana penyakit hudud dunia. Saya menyatakan kepada sahabat saya masalah bukan kaya atau miskin akan tetapi bagaimana kita menguruskan kekayaan kita . Dengan alasan inilah umat islam ramai yang tidak mahu berkerja keras untuk menjadi kaya serta menjadi orang yang ternama.

Umat islam terlalu ramai yang  melihat cita-cita kecil, umat islam perlu  melihat cita -cita besar dan perlu menjadi kaya seperti kayanya Abu Bakar Al Sidiq,  seperti kayanya Umar bin Khatab  dan kayanya seperti Usman bin Affan. Kerana kekayaan merekalah Islam berjaya dan terbilang.

Rasulullah  saw mengajar kita supaya selalu berdoa.
"Ya Allah aku berlindung kepadamu dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepadamu dari azab kubur"

Saya berkata lagi kepada sahabat saya,  yang menjadi masalahnya bukan berapa banyak kita memperolehi duit akan tetapi dari mana punca kita memperolehinya dan kejalan manakah duit itu akan digunakan. Adakah ke  jalan yang baik atau buruk.

Kata Rasulullah saw kita tidak boleh iri hati dengan orang lain kecuali kepada 3 orang ini iaitu :

1. Orang yang berilmu serta ilmunya diamalkannya kemudian dia berkongsi ilmunya kepada orang lain.

2. Orang yang meninggal kerana syahid.

3. Orang yang kaya serta dermawan.

Itula orang orang yang perlu kita iri hati.

Ingatlah kita adalah harapan umat Islam di masa hadapan. Bangkitlah dan berusahala menjadi kaya sekarang harapan itu pasti ada. Allah swt selalu ada bersama sama kita.

Waalaikummussalam..

Sekian dari Ustaz Bagus Hernowo.

Ini adalah perkongsian yang saya rasa cukup bagus untuk saya sharing dengan anda semua. Sebagai umat Islam kita perlu berusaha menjadi kaya bukan kerana ingin mengejar harta kekayaan akan tetapi mencari keredhaan Allah swt.

Mama Iskhandar.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin yang selamat semulajadi serta berkesan dari Shaklee yang bermutu tinggi . Saya Mama Iskh Vitamin Terbaik adalah wakil pengedar  sah anda
.
Untuk maklumat lanjut, pembelian dan konsultasi produk, sila:
Berchatting dan berborak dengan saya di 0123779685
Add/PM Facebook : Mama Iskh Vitamin Terbaik.
LIKE : My page ♥  www.facebook.com/mamaiskhvitamin ♥

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau  sebarang  penyakit..
* Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

2 comments:

  1. Alhamdulillah. diberi kesempatan bertemu dengan Shaklee... Moga mendapat rezeki daripada Shaklee


    Baca Tentang: Cara Makan Set Kurus

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua umat islam tergolong dalam golongan umat islam yang kaya..Aamiin

    sahabat ke syurga

    ReplyDelete

Terima Kasih daun keladi
Kalau sudi comment lah lagi
♥mama iskhandar♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...