Friday, October 31, 2014

TEKNIK TEPUKAN PERCUSSION.

Teknik Tepukan Percussion.

Batuk dan selesema adalah dua  perkara yang tidak lekang  pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi. Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru. Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri.
Keadan  sebegini berlaku   pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri. Bagi mengatasi masalah i ini cara rawatan  yang digunakan bagi bayi untuk mengeluarkan kahak atau hingus mereka adalah dengan TEKNIK TEPUKAN PERCUSSION.


Step Teknik tepukan (percussion) : 
  • Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.


  • Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.


  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka


Peringatan :  Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

  
Mengenal batuk kahak :

Kahak jernih / badan sejuk.
  • Dirawat dgn madu, buah delima (jus) dan kena makan makanan bersifat panas.


Kahak pekat/kuning/hijau / badan panas
  • Dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk.
  • Sup barli (6 bulan ke atas)
  • Jus delima (8 bulan ke atas) -buang kulit, blend dan tapis boleh dicampur dgn air suam , minum untuk hilangkan kahak
  • Madu (umur 1 tahun ke atas) boleh diambil bersama air suam juga boleh di campur perahan lemon atau limau nipis, diminum untuk hilangkan selsema, batuk dan kahak
  • Banyakkan minum air suam

Jadi anda berminat dan  ingin mendapatkan Produk atau Supplemen dari Shaklee yang terjamin halal , berkesan , semulajadi dan selamat boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp / facebook

Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  
 PM: www.facebook.com/messages/mamaiskhvitamin
 Blog: http://www.mamaiskhvitamin.blogspot.com/
 Email: ila_cute28@yahoo.com

Consultation Free
Info-info Produk Shaklee
Cara pengambilan vitamin

♥♥♥♥♥"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK♥♥♥♥♥ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...