Sunday, October 19, 2014

SOLAT SUNAT DHUHA

Solat Dhuha.


Sebagai hamba kita wajib meminta rezeki dari Allah swt yang Maha Esa. Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi. 


Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2 sehingga 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:


Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ”Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam


Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha 






















Setelah selesai salam, lalu membaca doa





















"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Nota
  
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.

Berkenaan doa pula, boleh baca  mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.


Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yangmengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)


Jika berminat  ingin mendapatkan Produk kesihatan dari Shaklee boleh terus hubungi saya di talian 0123779685 / sempoi pm  terus ke whatapp/ facebook

Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  : PM: www.facebook.com/messages/mamaiskhvitamin
 Blog: http://www.mamaiskhvitamin.blogspot.com/ Email: ila_cute28@yahoo.com


♥Consultation Free
♥Info-info Produk Shaklee
♥Cara pengambilan vitamin

=======================================
"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
=======================================

2 comments:

  1. Salam singgah...

    Bagus betul perkongsian ni. Rasa bersemangat nak solat Dhuha esok.

    ReplyDelete
  2. W'salam betul tu. Terbaik kan.. Semoga kita semua dilimpahi rezeki yang seumpama air terjun aljunya. Amin

    ReplyDelete

Terima Kasih daun keladi
Kalau sudi comment lah lagi
♥mama iskhandar♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...