Wednesday, October 15, 2014

Serai banyak khasiat tersembunyi.


Bercakap tentang serai selalunya digunakan untuk memasakkan yang tertentu.Macam ayam masak merah, rendang , masak lomak cili api dan banyak lagi. Serai ialah rumput tropika yang tumbuh tinggi dan daun yang panjang seperti lembing di bahagian atas dan berpejal beberapa inci panjang pada bahagian akhir sebelum akar. Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumpun. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.

Terdapat 2 jenis serai :
  • Serai biasa(Cymbopogon citratus)
  • Serai wangi (Cymbopogon nardus) 

Khasiat serai yang diadaptasi dalam  penggunaan kesihatan :
  • Digunakan sebagai perangsang sistem imun yang berkesan dan sebagai pencegah gangguan dan penyakit-penyakit serius.

  • Mencegah pelbagai masalah bersangkutan pencernaan termasuk gastroenteritis, senak, hilang selera makan, angin, kembung perut dan sebagainya.

  • Merangsang peredaran darah dan merendahkan tekanan darah.

  • Dapat merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.

  • Manafaat serai termasuk ciri-ciri antibakteria dan antikulat.

  • Merawat batuk, selsema, bronkitis dan penyakit-penyakit lain.

  • Mengurangkan keterukan sakit artritis dan reumatisme.

  • Membantu memperbaiki fungsi buah pinggang dan pundi kencing, serta merangsang detoksifikasi dan mempercepatkan penyingkiran toksin daripada badan.
  • Melega gejala tekanan seperti ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, dan sebagainya.
  • Melegakan insomnia dan gangguan tidur.
  • Mengatasi masalah PMS yang teruk atau gangguan pusingan haid.
  • Serai dapat digunakan bagi menyelaras (toning) otot dan tisu.
  • Mencegah radang kulit, membantu menghilangkan radang bintik, jerawat, meredakan kesakitan ekzema, dermatitis dan sebagainya.
  • Menghalau nyamuk / penyembur kimia: Banyak dikomesialkan sebagai minyak Citronella dan lilin untuk menghalau serangga, nyamuk dan pengharum rumah.
  • Perisa Makanan : Minyak Citronella juga digunakan sebagai agen perasa makanan, minuman, barang-barang bakar, bijirin, gula-gula, produk tenusu gelatin dan puding.
  • Veterinar : Minyak sebagai sebahagian dari komponen bahan menghalang anjing dari mengawan.
  • Aromaterapi : Juga digunakan dalam aromaterapi. 

Serai juga mempunyai banyak bahagian yang banyak kegunaan. Di antaranya ialah:-

Daun
  • Mencuci hanyir pada daging itik dan kambing. 
  • Daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman dan bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah, penyakit bisa otot-otot, sendi, mengecutkan rahim yang bengkak, memecahkan lendir, darah dan angin.
  • Daun serai dan jintan hitam digiling untuk di jadikan ‘paste’ bagi ditampal di dahi untuk melegakan sakit kepala seperti angin meriam dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus untuk di jadikan ‘paste’ bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.
  • Air rebusan daun serai digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi
Batang dan akar pokok serai digunakan untuk
  • Membantu mengubati masalah sakit perut dan memecah gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).
  • Dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.
  • Sebagai makan harian berlauk, menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan pemakanan.
  • Campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatan sistem dalaman badan.
  • Membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
  • Pencegah nyamuk dan gigitan bisa.
  • Di jadikan bahan wangian, syampu dan losyen.


Bunga Serai sering di gunakan bagi
  • Pencegahan kehamilan manusia dan binatang. 
  • Penyegar dan pelembab kulit (awet muda). 
  • Kesihatan dan kesegaran Rahim.










Kredit :  herba dan tumbuhan

"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? 
DENGAN MENGHUBUNGi SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...