Monday, October 27, 2014

SEPETANG DI SABAK BERNAM, SELANGOR

Sepetang di Sabak Bernam, Selangor.


Entri hari ini yang saya nak share dengan anda adalah sepetang di Sabak bernam, Selangor. Wah sepetang gitu...Cerita macam jauhkan  padahal kat selangor aje pun, tapi tak apala just nak sharing.. Sharingkan caring maknanya...Yolah tu ...hehe.. Ok selepas menghadiri majlis undangan perkahwinan di Sabak Bernam saya mengambil kesempatan merayau rayau di sekitar Sabak Bernam.

Sebenarnya saya  nama aje asal dari  klang tapi tak pernah nak  singgah  ke Sabak Bernam. Kalau pergi pun just lalu , alang-alang berkesempatan dah sampai apa  lagi redah ajelah..Tempat yang saya sempat singgah Pantai Bagan Nakhoda Omar . Kalau u olss nak makan  mee udang ke , kerang bakar ke , minum cendol ke semua ada  kat situ agak sedap juga.  Kalau nak lihat pantai BNO memang tenang , sayup sayup angin, kat tepi pantainya pulak  boleh cari remis. Sedap kalau masak lemak remis tu. Remis tu macam kepah cuma remis ni kecil –kecil..

Selepas puas menikmati , bergambar , berselfie di pantai BNO, saya bergerak ke  Agro Bazar. Agro bazar memang popular di Sabak Bernam  menjual Nata de Coco. Saya memang hantu nata de coco. Apa lagi saya  borong habis habisan..Nata de coco dekat agro bazar murah  aje, 3 bekas besar RM 10.00 . Tapi dia ada caj 0.90 mungkin GST kot. Hehe.

Tak banyak tempat yang dapat saya singgah al maklumlah , sesungguhnya masa itu mencemburui kita .So  tak  dapat pergi ke tempat lain , itu saja yang sempat saya pergi. Cerita macam pergi banyak tempatkan, menyampah u..  Dalam perjalanan balik  pulak saya ada singgah juga  kat tepi tepi jalan beli mentarang, kerepek – kerepek dan buah-buahan.

Lastly, perhentian  saya makan di Satay  hut, Tanjung Karang . Satay kat situ memang terbaik . Sataynya besar besar kalau order 10  cucuk pun dah kenyang. Marvelouss... Ok itu saja yang dapat saya conteng coretkan..Bye..


Gambar yang sempat di snap masa di  Sabak Bernam.














Jika berminat  ingin mendapatkan Produk kesihatan/ supplement dari Shaklee boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp / facebook

Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  :
 Email: ila_cute28@yahoo.com


Consultation Free
Info-info Produk Shaklee
Cara pengambilan vitamin


======================================

"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
     ======================================

1 comment:

Terima Kasih daun keladi
Kalau sudi comment lah lagi
♥mama iskhandar♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...