Friday, October 24, 2014

PETUA MENGHILANGKAN BINTIK HITAM

Petua menghilangkan bintik hitam.


Oh no ...Tidak bintik hitam.. Ramai diantara kita mengalami masalah bintik hitam. Petua yang anda boleh buat bagi menghilangkan bintik hitam ini dengan cara : 

Bahan- bahan yang diperlukan..Macam nak masaklah pulak.hehe

1. Kunyit hidup
2. Beras(goreng tanpa minyak hingga keperangan)
3.Putih Telur
4. Kain Kasa(gouze)
5. Kapas muka


Pertama tumbuk beras hingga hancur , masukkan kunyit hidup tumbuk hingga lumat, Kemudian masukkan putih telur. Kacau sebati , sebelum letakkan bahan campuran ni kat muka, Wapkan muka dengan air panas terlebih dahulu supaya bintik-bintik hitam/putih tu mudah ditanggalkan dan pori-pori juga terbuka semasa diwapkan. 

Masukkan air panas dalam mangkuk tutup seluruh kepala dengan tuala, hadapkan di atas mangkuk.  Jangan biarkan wap keluar, jadi gunakan tuala yang tebal dan besar.  Wapkan selama 15 minit, Kalau semput tu buka tuala sekejap pastu wapkan semula muka anda...hehe...saya sendiri pun tak dapat tahan kalau 15 minit berterusan. 

Selepas selesai mewapkan muka.  Letakkan kain kasa di seluruh wajah. (tebuk di bahagian hidung supaya mudah bernafas).  Kalau tak ada kain kasa yang besar boleh guna yang kecil dan letakkan di muka dalam keadaan muka mendongak supaya kain kasa tu tak jatuh.  Sapu bahan campuran tu di muka(di atas kain kasa tadi). Koyakkan kapas muka menjadi dua bahagian supaya ia lebih nipis.  Tekapkan di atas bahan campuran yang telah di sapu kat muka tadi.  Biarkan kering. Kemudian tanggalkan dengan menarik kain kasa tadi perlahan-lahan.  Bintik-bintik hitam yang tanggal akan dapat dilihat di permukaan kain kasa tu.


Anda bolehlah cuba.




Jika berminat  ingin mendapatkan produk dari Shaklee boleh terus hubungi saya di talian 0123779685 / sempoi pm  terus ke whatapp/ facebook

Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  : PM: www.facebook.com/messages/mamaiskhvitamin
 Blog: http://www.mamaiskhvitamin.blogspot.com/ Email: ila_cute28@yahoo.com


♥Consultation Free
♥Info-info Produk Shaklee
♥Cara pengambilan vitamin

=======================================
"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
=======================================

1 comment:

Terima Kasih daun keladi
Kalau sudi comment lah lagi
♥mama iskhandar♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...