Friday, October 17, 2014

Permainan - permainan Traditional

Permainan - permainan Traditional.

Zaman sekarang ramai yang telah melupakan permainan traditional. Al maklumlah zaman IT teknologi dekat hujung jari aje. Main game memanjang dan menatap Hp / PC / Laptop berjam-jam. Itulah kita dizaman sekarang. Tak gitu .heheAnak- anak sekarang pun lebih suka duduk di rumah bermain game daripada mahu bermain diluar rumah bersama kawan-kawan.


Bercakap tentang permainan tradisional diantaranya ialah : 

Permainan Congkak














Sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Memang best main guli ne, my favorite.

Permainan Batu seremban

















Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti permainan yang lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang. Sakit tangan kalau main dengan batu , kalau saya batu seremban saya buat dari kacangan hijau. Tak adalah sakit tangan.


Permainan Gasing.










Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tak pandai main gasing tapi kalau abang saya memang pandai main. Budak lelaki memanglakan apa pun pandai.

Permainan Teng Teng













Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki dan perempuan, sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada daripada kanak-kanak lelaki ini kerana permainan ini lembut dan sesuai untuk kaum Hawa.Di kampung-kampung, gelanggang dibuat dengan dengan menuliskan garisan di atas tanah sahaja dengan menggunakan hujung ranting. Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Permainan teng teng ne memang selalu main best gila. Terlompat-lompat sampai jatuh. Memang besttt..


Permainan Galah panjang.
















Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang.

Permainan Konda Kondi.













Konda kondi atau juga dikenali sebagai Perik mata ialah sejenis permainan tradisional kanak-kanak di Malaysia. Dalam masyarakatIndia, ia dipanggil 'kaunda kaundi'. Permainan ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 orang. Permainan ini menggunakan dua batang kayu sepanjang 0.5 meter. Sebuah lubang dikorek di atas tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter juga. Kayu diletak di tengah lubang secara melintang. Sebatang kayu digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu agar terpelanting jauh dari pemain lawan.

Permainan Tutup botol.

]






Permainan ini menggunakan tudung botol minuman berkarbonat. Ianya menggunakan 5 tudung botol.Kaedah permainan hampir sama dengan batu seremban . Tujuan utama permainan ialah mendapatkan point melalui menimbang dan tuju tudung botol itu. Permainan ini dimonopolikan oleh kaum lelaki. Hanya cari 5 penutup botol setiap seorang dan bolehlah kita semua mula bermain ! Caranya sangat mudah..

Hah banyakan permainan traditional. Ikutkan hati nak aje kembali ke zaman kanak-kanak ,dapat main lagi.hehe... Akhir kata janganlah dilupakan yang lama. Perlu dijaga supaya tidak di mamah zaman dan akhirnya dilupakan.


Berminat  ingin mendapatkan Produk kesihatan dari Shaklee boleh terus hubungi saya di talian 0123779685 / sempoi pm  terus ke whatapp  / facebook 
Hubungi Mama Iskh   : 
 PM: www.facebook.com/messages/mamaiskhvitamin
 Blog: http://www.mamaiskhvitamin.blogspot.com/
 Email: ila_cute28@yahoo.com




"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...