Saturday, October 18, 2014

Penyakit Mental punca dan pemulihan

Penyakit Mental











Assalammualaikum salam jumaat dari Mama iskh.. Berkhafila kita pada hari jumaat yang barakah ini. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tajuk tentang penyakit mental atau dalam erti perkataan yang lain gila. Mengapa saya memilih tajuk sebegini. Ini kerana saya rasa kita patut selamai apa punca dan bagaimana hendak memulihkan mereka menjadi normal seperti biasa. Mengikut kajian hampir 3 juta rakyat terdedah dengan penyakit mental atas masalah kemurungan biasanya.Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.



Apakah penyakit mental??


Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Ia menjadi lebih sukar apabila sesorang tidak dapat mengawal emosi dan tingkahlaku yang menyebab hipertension dan stress yang amat teruk. Inila yang membawa kepada penyakit jiwa dan seterusnya kepada penyakit mental. Penyakit mental ini berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengenal umur bangsa dan taraf hidup.Diantara jenis penyakit mental adalah Skizofrenia kemurungan, keresahan, gangguan otak organik,was was yang,keterlaluan, nyanyuk dan sebagainya yang mungkin menimbulkan berbagai gejala penyakit mental.


Kenali gelaja atau simptom awal penyakit mental terbahagi kepada 2 .  

Perubahan tingkahlaku:

  • Berdiam diri
  • Mengasingkan diri
  • Bercakap sendirian
  • Perubahan penampilan
  • Gangguan tidur/makan
  • Kemerosotan dalam pelajaran pekerjaan Fizikal seperti kerap sakit sakit badan dan cepat penat.


Gangguan emosi :     
  • Mudah marah
  • Resah
  • Selalu  murung dan sedih
  • Menangis

Peratusan faktor penyebab penyakit mental :



Sebagai masyarakat atau keluarga kita perlulah mengambil berat pada mereka yang mengalami penyakit mental ini. Langkah - langkah yang perlu kita ambil apabila menghadapi mereka yang berpenyakit mental adalah dengan :


  • Terima masalah mereka dengan hati yang terbuka bagi semanggat dorongan dan nasihat.
  • Tingkatkan kefahaman tentang  bagaiman menangani penyakit mental.
  • Berikan hak dan penghormatan pada mereka sama seperti yang diberikan kepada orang yang sihat.
  • Elakan mengejek atau memberi gelaran tidak sium atau orang gila.
  • Beri sokongan dan bantuan kepada organisasi atau agensi.

Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental??


Faktor genetik/ keturunan:
Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

Gangguan bahan kimia dalam otak:
Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul. 

Schizophrenia: 
Penghasilan dopamin secara berlebihan

Kemurungan: 
Serotonin terlalu rendah

Mania: 
Paras serotonin meningkat secara melampau

Kebimbangan:
terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin

Jangkitan virus:
Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.

Sejarah hidup yang getir:
Mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibu bapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar

Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:
Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

Benarkah ??
I
I
V
Adakah sebarang ujian yang boleh mengesan kewujudan penyakit mental?
Ya.Mereka yang ingin mengetahui status masalah kesihatan mental mereka boleh mengambil satu ujian yang mudah dan ringkas iaitu Kaji selidik Kesihatan General Health Questionnaire (GHQ)

Cara merawat penyakit mental ini  adalah dengan :
  • Ubat-ubatan
  • Kuanseling
  • Pemulihan psiko sosial.
                       
Rawatan pesakit mental boleh di dapati di:
  • Hospital
  • Klini kesihatan
  • Klinik swasta
  • Perkidmatan dalam komuniti.

Tidak perlu mereka dihina atau dikeji kerana mereka pun manusia biasa uang tidak terlepas dari masalah. Kembalikan semula hak pesakit mental dengan memyokong mereka agar kembali pulih seperti biasa. Insyaallah sesungguhnya yang tidak baik itu datang dari sikap kita sendiri dan baik baik itu datang dari Allah swt.


Berminat  ingin mendapatkan Produk kesihatan dari Shaklee boleh terus hubungi saya di talian 0123779685 / sempoi pm  terus ke whatapp  / facebook 
Hubungi Mama Iskh   : 
 PM: www.facebook.com/messages/mamaiskhvitamin
 Blog: http://www.mamaiskhvitamin.blogspot.com/
 Email: ila_cute28@yahoo.com

"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
=======================================
Azilah Idris / Mama Iskhandar  
Shaklee ID No : [1104621] 
 Mobile:012-3779685  
Penghantaran ke seluruh Malaysia/COD ke seluruh sekitar Ampang,KL.
=======================================
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...