Monday, October 20, 2014

NASI MANDY AYAM SAUDI ..DELICIOUS

NASI MANDY AYAM SAUDI ..DELICIOUS..

Hari ini saya masak simple aje. Memandangkan duduk berdua dengan my baby boo so masak simple . Menu hari ini Nasi Mandy Ayam Saudi ready made.


BAHAN-BAHAN

  • Beras Basmathi (dah ada dalam set)
  • Rempah serbuk mandy (dah ada dalam set)
  • Rempah tumis mandy (dah ada dalam set)
  • 1 ekor ayam
  • 2 ulas bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 batang cili hijau
  • Minyak
  • Tomato puri
  • Garam


Sebelum itu:
1 ½ sudu besar rempah serbuk untuk ayam panggang
1 sudu besar rempah untuk nasi mandy


Cara  buat ayam panggang
  • Perap 1 ekor ayam dengan 1  ½ sudu besar rempah mandy, 5 ulas bawang putih yang dikisar, 2 sudu kecil garam, 2 sudu besar minyak dan 2 sudu tomato puree.
  • Panggang didalam oven 1 jam dengan suhu 180 cecius, Balikkan ayam selepas ½ jam,
  • Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang.

Cara  masak Nasi Mandy
  • Rendam beras 20 minit dan kemudian toskan
  • Tumis rempah hidup (kayu manis , pelaga , cengkih dan lumi) , 2 ulas bawang besar, 5 ulas bawang putih, 1 sudu besarrempah mandy dan 2 sudu besar tomato puree.
  • Masukkan 600 ml air ke dalam tumisan. Biarkan mendidih
  • Campurkan beras yang teah ditoskan berserta tumisan rempah dan bawang tadi kedalam periuk nasi elektrik.
  • Taburkan 1 ½ sudu kecil garam dan 2 batang cili hijau (tidak perlu hiris)
  • Tanak nasi sehingga 80% masak, kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaulkan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. Bairkan 100% masak.


Cara buat sos Harrah :
  • 2 biji tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar,cili padi dan sikit garam.
  • Kisar semua bahan tanpa meletak air.


Cara buat Salad arab:

  • 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu
  • Hiriskan halus 1 labu bawang besar dan daun ketumbar
  • Campurkan semua bahan kedalam mangkuk, tambah sedikit  garam dan serbuk lada.

Tada siap !!!!!!!!!
Nasi mandy ayam saudi ready made. Sedap tu...
















Jika berminat  ingin mendapatkan Produk kesihatan dari Shaklee boleh terus hubungi saya di talian 0123779685 / sempoi pm  terus ke whatapp/ facebook

Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  :

 PM: www.facebook.com/messages/mamaiskhvitamin
 Blog: http://www.mamaiskhvitamin.blogspot.com/
 Email: ila_cute28@yahoo.com


♥Consultation Free
♥Info-info Produk Shaklee
♥Cara pengambilan vitamin

=======================================
"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"
=======================================

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...