Friday, October 31, 2014

MADU LEBAH DAN KHASIATNYA

Madu lebah dan khasiatnya

Madu lebah asli tidak asing dikalangan masyarakat kita. Madu telah digunakan sejak zaman datuk moyang kita kerana mempunyai 1001 kebaikan dan khasiat. Madu Tidak dinafikan penggunaanya sa­ngat baik untuk sistem badan kita . Pada hari ini  madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Secara umumnya madu mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain itu ia juga mengandungi mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.




Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"

Berikut adalah khasiat madu :
  • Mengelak cacing perosak dalam perut.
  • Menambah kelazatan makanan.
  • Mudah dan cepat diserap oleh badan.
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
  • Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
  • Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
  • Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal
  • Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
  • Melegakan sakit tekak dan batuk
  • Merawat luka dan cedera ringan 
  • Baik untuk sistem pencernaan badan 


Cara untuk mengetahui Keaslian Madu
Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.
Berikut adalah beberapa cara yang sering digunakan untuk mengesan keaslian madu: -
  • Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
  • Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
  • Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.


Pengambilan dan pengamalan madu secara berterusan boleh menglegakan beberapa penyakit  seperti:
  • Asma
  • Resdung
  • Alahan
  • Batuk kering
  • Letih
  • Jerawat
  • Kahak
  • Sakit kepala
  • Buasir

Jadi anda berminat dan  ingin mendapatkan Produk atau Supplemen dari Shaklee yang terjamin halal , berkesan , semulajadi dan selamat boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp / facebook

Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  
 PM: www.facebook.com/messages/mamaiskhvitamin
 Blog: http://www.mamaiskhvitamin.blogspot.com/
 Email: ila_cute28@yahoo.com

Consultation Free
Info-info Produk Shaklee
Cara pengambilan vitamin

♥♥♥♥♥"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK♥♥♥♥♥

4 comments:

  1. madu nie memang sudah terbukti khasiatnya..tapi nak kena hati-hati juga dengan madu tiruan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul ada yang tiruan..Ada juga terbeli hari tu..

      Delete
  2. untuk pesakit kencing manis boleh gunakan madu sebagai pengganti gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu awak boleh jadi pengganti gula. Sedap pun sedap , saya selalu minum lemon ngan madu, memang rasa fresh minum..

      Delete

Terima Kasih daun keladi
Kalau sudi comment lah lagi
♥mama iskhandar♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...