Tuesday, October 14, 2014

Kebaikan Herba Zafaran




Zafaran atau didalam bahasa arab Za'afaran. Bahasa saintifiknya Crocus Sativus. Zafaran adalah herba yang mahal malah dipanggil sebagai herba emas. Herba Zafaran adalah merupakan stigma bunga zafaran dan sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za'faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Stigma bunga zafaran adalah kecil yang dikumpul, samada diguna secara bentuk stigma asal atau diproses dalam bentuk serbuk. Bercakap tentang herba zafaran , herba ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Stigma bunga Zafaran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Zafaran juga boleh digunakan dalam beberapa perkara seperti untuk melazatkan makanan ia juga dianggap ramuan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek,  minyak wangi, dan bahan pewarna. Zafaran kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavi dan merupakan rempah yang terbaik, terwangi serta termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.




Herba zafaran juga digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat menggunakan herba ini dalam  pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal fikiran. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Ulamak-ulamak perubatan Islam juga telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.
Bagi menghasilkan 10 grams stigma(filament) zafaran, ia memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia mengikut grednya.


Kebaikan dan kelebihan Zafaran:

  • Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah
  • Mencerdaskan minda.
  • Penyakit radang paru-paru.
  • Sakit tekak dan tonsil
  • Bengkak hati atau hipatitis A dan B
  • Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
  • Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
  • Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
  • Demam.
  • Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
  • Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
  • Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
  • Menambahkan tenaga zahir dan batin
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan serta memberi tenaga tambahan
  • Merangsang tenaga syahwat dan menguatkan tenaga batin
  • Mengurangkan sakit dan lenguh sendi serta otot-otot
  • Merawat lelah (asthma) dan membantu pengawalan kencing manis (diabetes)
  • Menguatkan daya tahan melawan penyakit (imuniti) melalui pembentukan antibody
  • Memulih tenaga batin wanita dan membantu proses penyembuhan selepas bersalin
  • Merawat masalah ketidaksuburan lelaki (mati pucuk) dan wanita serta menguatkan Rahim
  • Melancarkan perjalanan darah serta membersihkan darah
  • Menyempurnakan proses penghadaman dan pencernaan
  • Menguatkan fungsi mata dan penglihatan serta mengelakkan pembentukan katarak
  • Merawat kemurungan, memberi ketenangan serta mengelakkan nyanyuk dan pelupa.

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...