Sunday, October 12, 2014

Diriku keluargaku dan mereka adalah duniaku.

Assalammualaikum u ollss semua.. Sebenarnya hari ini saya nak menconteng coret dalam blog tentang Diriku Keluargaku duniaku.Wah kelas gitu haha.Dalam dunia ini semua dilahirkan mesti mempunyai keluarga cuma sesetengahnya sahaja  yang  ditakdirkan tiada berkeluarga. Saya bersyukur kerana saya dikelilingi keluarga yang memang awesome.  Okla dipendekan cerita  saya perkenalkan  diri saya terlebih dulu. Nama saya  Azilah panggilan manja Ila. Tada ini la saya.hehe 


Saya dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah ,  Klang dan membesar  juga di Klang. Anak jati Klang tu.. Cuma setelah SPM saya terus berhijrah ke Kuala Lumpur belajar dan terus berkerja di K.L. Okla nak straight to the point saya mempunyai 7 orang adik beradik yang sempoi termasuk saya. 2 lelaki dan 5 perempuan...Opss dipendekkan cerita lagi terlebih dulu saya nak perkenalkan 4 orang yang penting dalam hidup saya selain adik beradik saya .





















Pertama ..Jeng jeng ini dia Pokcik Idris   Abahku yang amat sempoi lagi cool. Tapi masa saya kecil amatla garang Abahku ini. Dah berumur 60 tahun tetapi still steady macho man. Terbaiklah..




Kedua Omakku Mokcik Sarah. Bukan Sarah Ali ek tapi Sarah Mohammad yang masih nampak muda. Cuma badan aje yang tak dapat den nak tolong tapi sweet apa Anak dah 7 kot.. Mak seorang yang lembut tapi kalau dah bersyarah alamat panjanglah cite. (Apa salahnya mak membebel untuk kebaikan).Abah dan mak adalah inspirasiku tanpa mereka siapala saya serta adik beradik ku. Membantu kami dalam semua perkara tanpa jemu.. I love u..

Ketiga adalah En Khairol  Nazri Hamzah , siapa dia ne ek.. hehe Inila suamiku yang tercinta.
Seorang yang agak romantik , cool dan penyabar. Tapi my husband ku ini cool cool dia 
pun kalau bersyarah sama dengan omak ku panjang yang amat. Non stop..hehe It's ok I still lov u .

Yang keempat Iskhandar. My baby boo baru masuk 2 tahun. Anak ku yang tercinta . Nyawaku pengarangku  jantungku. Tanpa dia tak  riuh rumah. Mama doakan Iskhan sentiasa dikelilingi kebahagian dan menjadi anak yang soleh. Insyaallah amin.


Okla berbalik kepada adik beradik ku  yang  amat penting bagi ku.
Pertama adalah kakak ku Isrina. Seorang yang lembut tapi kalau dah marah tak ingat dunia. Tapi dialah yang banyak  membantu saya bila  mana saya dalam kesusahan. 


Kedua Abangku  Izwan.. Agak pendiam  dan cool  tapi  kalau dah marah tak dapat nak nolongnye sama juga dengan akak ku ..Seorang yang bertanggjawab keatas adik beradiknya dan kepada ibubapa. Sorryla gambar nya tiada pulak , abang saya memang susah bergambar. Nanti saya cuba masukan. wait ...


Ketiga saya, siapa lagi..Mama Iskh. hehe Saya ne nak ikutkan memang garang tapi garang saya bertempat. Takdelah orang tak buat salah kita nak garang. Tak gitu.. Agak sensitif juga  nak nak bila terdengar cerita atau kejadian  keganasan terhadap manusia dan binatang  memang saya tak boleh nak cakap hati  mesti cepat tersentuh..


Keempat adik perempuan ku  Farah namanya, seorang yang  pandai dan bijak ..Kalau berdebat dia ajelah nak menang. Kalah berpidato hehehe. Seorang yang berdikari kalau nak benda yang dihajatinya dia akan cuba sedaya upaya mendapatkannya dengan  usahanya sendiri.

Kelima adik perempuanku yang bernama Nabila atau nama manjanya Bella. Bella aya mor hahah x kuasa..Seorang yang happy go lucky , 24 jam bercakap. Macam keretaapi berjalan tanpa brek macam tula mulut adik ku sorang ini. Seeorang yang berdikari  dan suka travel kesana kemari. Katanya melihat tempat orang. Pandai memasak tapi kalau bab berkemas fail sikit dah berselerak betul-betul baru nak kemas.Aduh yaiiiii..
Keenam adik perempuanku  yang last bernama Izlinda. Seorang yang berhati lembut dan penyayang terutama pada budak-budak. Agak degil sikit kalau nak benda yang di idamkan mesti kena kata nak tak boleh kata tak nak. (masa kecil dulu) .Terbalik dengan adik yang kelima, yang ini  pulak suka mengemas, pantang tengok rumah bersepah siapla heboh satu kampung bising.hehe.

  
Ok yang  lastly adikku  yang keenam  satu satunya adik lelaki , Nazreen namanya. Seorang yang periang serta manja, dah besar pun nak tidur atas pangku mak mengada you dan suka bergaya kalah hero hindustan. Berdikari dan panas baran sikit. Bercita -cita menjadi pelumba moto negara. Insyaallah satu hari nanti. 



Hah itu dia  sedikit sebanyak tentang Diriku keluargaku dan mereka adalah duniaku. Selagi kita mempunyai Family kita perlulah saling sayang menyayang perkara biasa kalau gaduh gaduh tu. Bak kata pepatah air yang di cincang tak akan putus. Hargai sayangi serta bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kita tidak tahu bila mereka yang kita sayangi akan pergi. huhu  Wasalam...


Berminat  ingin mendapatkan Produk kesihatan dari Shaklee boleh terus hubungi saya di talian 0123779685 / sempoi pm  terus ke whatapp  / facebook 

 Jom sertai  saya dan team saya. Dengan menjadi ahli di bawah saya (1104621), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami. Bimbingan secara online & offline akan diberikan sehingga anda berjaya! Insyaallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...