Tuesday, October 28, 2014

DASYATNYA KEKUATAN DOA SERTA KEREDHAAAN IBUBAPA



"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil . Amin."

Ibubapa adalah simbol kekuatan kita . Tiada yang penting dalam hidup kita melainkan kedua ibubapa kita selain keluarga dan kawan-kawan. Tanpa keredhaan dan doa  mereka umpama pelita yang tidak boleh di nyalakankan cahaya , malap kehidupan  tiada cahaya. Bila doa dan keredhaan ibubapa kita ada perjalanan hidup kita  sentiasa di permudahkan dan mengundangi keredhaan Allah SWT. 

Hati dan perasaan ibubapa kita  perlu dijaga ,mereka akan berdoa perkara -perkara yang baik untuk kita. Ini kerana tiada perasan sedih dalam hati ibubapa kita  dan mereka akan berasa senang hati. Akan tetapi jika kita mengasari , mengherdik ,  mereka akan  terasa  sakit hati terguris jiwa . Ibubapa tidak akan berdoa yang tidak baik untuk anak-anak mereka akan tetapi apabila hati mereka terguris maka dengan tidak kita sedari mengundang murka Allah swt. Jika mengundang murka Allah swt maka keberkatan itu tidak sampai kepada kita. Dengan hanya memohon maaf kepada mereka dan mereka redha kepada kita maka berkatlah hidup kita. 

Allah SWT  telah berfirman bermaksud :"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
(Surah al-Luqman ayat 14)

Dasyatnya  kuasa ibubapa  sehingga Allah swt telah mengingatkannya betapa murkanya Allah swt terhadap anak yang derhaka kepada Ibubapanya. Ibubapa adalah sumber inspirasi kita .Janganlah kita mengabaikan mereka kerana hilangnya mereka di dunia maka hilanglah nikmat berkat doa mereka kepada kita didunia. Doa mereka yang  akan membawa kita kepada perjalanan hidup yang mudah  dan diredhai Allah swt. Jagala hati mereka dan jagalah kebajikan mereka , insyaallah hidup kita, jiwa kita sentiasa tenang dan aman. 

Akhir kata 
Walau sesiapa pun kita
Walau sehebat manapun kita
Walau berjaya setinggi langit pun kita
Tetapi tanpa restu  dan doa ibu bapa
Yang melahirkan dan menjaga kita
Maka tiada keberkata hidup untuk kita.
Ingat tu kengkawan...

I lov u Puan Sarah dan Encik Idris.
Mereka  adalah ibubapa yang terbaik  dan terima kasih atas doa abah dan mak yang selalu mengiringi ku….I lov u very very much ♥♥♥♥♥♥

Anda berminat dan  ingin mendapatkan Produk kesihatan/ supplement dari Shaklee yang terjamin halal , berkesan , semulajadi dan selamat boleh terus hubungi saya di talian 012-3779685 / sempoi pm  terus ke whatapp / facebook


Hubungi Azilah Idris/Mama Iskhandar  :
 Email: ila_cute28@yahoo.com

Consultation Free
Info-info Produk Shaklee
Cara pengambilan vitamin

♥♥♥♥♥"INGIN MENJANA 4-5-6 ANGKA SEBULAN HANYA DENGAN MENDAFTAR MENJADI AHLI SHAKLEE? SERTAI KAMI DENGAN MENGHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK"♥♥♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...